PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,879 kes berbanding kelmarin, 1,517 kes sekali gus mengatasi 1,399 kes sembuh. Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 776 kes diikuti Kuala Lumpur (371), Perak (143), Negeri Sembilan (89), Pulau Pinang (84), Putrajaya (80), Sabah (67), Sarawak … Read more
The post Lembah Klang catat lebih 1,000 kes Covid-19 appeared first on Utusan Digital.

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,879 kes berbanding kelmarin, 1,517 kes sekali gus mengatasi 1,399 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 776 kes diikuti Kuala Lumpur (371), Perak (143), Negeri Sembilan (89), Pulau Pinang (84), Putrajaya (80), Sabah (67), Sarawak (65), Johor (56), Melaka (46) dan Kedah (43). Ini diikuti Pahang (25), Kelantan (24), Terengganu (10), Perlis (7) dan Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 459 orang berbanding kelmarin, seramai 470 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 25 kes berbanding jumlah kelmarin, 26 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 17 kes berbanding jumlah kelmarin, 14 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, tiga kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,708 kes. Selain itu, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,572 kes. – UTUSAN

The post Lembah Klang catat lebih 1,000 kes Covid-19 appeared first on Utusan Digital.

Read More

By

Leave a Reply